Friday, March 18, 2011

Tokoh 1-Al-Farabi

SUMBANGAN, PERANAN DAN PENCAPAIAN TOKOH-TOKOH ISLAM

Al-Farabi

Nama sebenarnya ialah Abu Nasr Muhammad bin al- Farakh al-Farabi atau nama singkatannya Al-Farabi merupakan ilmuan dan filsuf Islam yang berasal dari Farab. Beliau juga dikenali sebagai Abu Nasir Al-Farabi (Abu Nasir Muhammad Ibnu Muhammad Ibnu Tarkhan Ibnu Uzlaq Al Farabi). Beliau turut dikenali sebagai Alpharabius, Al-Farabi dan Abunasir  di dunia barat. Beliau lahir pada tahun 874M (260H) di Transoxia yang terletak dalam Wilayah Wasij di Turki. Ayahnya seorang tentara Turki keturunan Persia, sedangkan ibunya berdarah Turki asli.

Al-Farabi yang terdidik dengan sifat qanaah menjadikan beliau seorang yang amat sederhana. Beliau tidak gilakan harta dan cintakan dunia. Beliau lebih menumpukan perhatian untuk mencari ilmu daripada mendapatkan kekayaan duniawi. Beliau telah berpindah ke Damsyik sebelum meneruskan perjalanannya ke Halab. Semasa di sana, beliau telah berkhidmat di Istana Saif al-Daulah dengan gaji empat dirham sehari. Hal ini menyebabkan dia hidup dalam keadaan yang serba kekurangan. Al-Farabi wafat di Kota Damaskus pada usia 80 tahun (Rajab 339 H/ Desember 950 M) di masa pemerintahan Khalifah Al Muthi.

Walaupun hidup dalam keadaan yang miskin Al-Farabi tetap mendapat pendidikan yang sempurna di Baghdad. Pada masa awal pendidikannya al-Farabi belajar al-Qur’an, tatabahasa, kesusasteraan, ilmu-ilmu agama (fiqh, tafsir dan ilmu hadits) dan aritmatik dasar. Beliau telah mempelajari bahasa Arab di bawah pimpinan Ali Abu Bakr Muhammad ibn al-Sariy. Al-Farabi belajar ilmu-ilmu islam dan musik di Bukhara, dan tinggal di Kazakhstan sehinggan berumur 50. Beliau berpindah ke Baghdad untuk menuntut ilmu di sana selama 20 tahun. Setelah kurang lebih 10 tahun tinggal di Baghdad, iaitu kira-kira pada tahun 920 M, Al-Farabi kemudian mengembara di kota Harran yang terletak di utara Syria, dimana pada ketika itu Harran merupakan pusat kebudayaan Yunani di Asia kecil. Beliau kemudian belajar filsafat dari Filsuf Kristian terkenal yang bernama Yuhana bin Jilad.

Tahun 940M, al-Farabi melanjutkan pengembaraannya ke Damaskus dan bertemu dengan Sayf al-Dawla al-Hamdanid, Ketua daerah Aleppo, yang dikenal sebagai simpatisan para Imam Syi’ah. Al-Farabi menamatkan pendidikan awalnya di Farab dan Bukhara. Selepas itu dia berhijrah ke Baghdad untuk meneruskan pendidikan tingginya. Di sinilah beliau belajar dan bekerja iaitu dari tahun 901 hingga 942. Sepanjang tempoh ini beliau berjaya menguasai beberapa jenis bahasa dan juga pelbagai cabang ilmu pengetahuan dan teknologi. Sebagai seorang ahli falsafah dan saintis, beliau menguasai pelbagai cabang ilmu pengetahuan.

Al-Farabi, dikenali sebagai Al-Pharabius di Barat, menyumbang dalam bidang falsafah, mantik, sosiologi dan sains. Beliau terkenal sebagai "Guru Kedua" (al-Mou'allim al-Thani) sementara "Guru Pertama" ialah Aristotle.  Di peringkat awal kerjayanya, al-Farabi adalah seorang Qadi (Hakim). Kemudian beliau menukar profession sebagai seorang guru. Beliau menunjukkan persaingan yang hebat dalam menguasai pelbagai bahasa. Oleh kerana bakatnya yang luar biasa dalam bidang sains dan falsafah, beliau menarik perhatian Raja Saif al-Daula di Halab (Aleppo). Namun, nasib tidak menyebelahinya dan beliau menjalani pelbagai dugaan hingga pernah suatu masa menjadi seorang pekebun.

Sumbangan al-Farabi adalah dalam bidang mantik, falsafah dan sosiologi. Tambahan lagi, beliau memberi sumbangan yang amat besar dalam bidang ilmu hisab, sains, perubatan dan muzik. Beliau juga mengarang ensiklopedia. Dalam bidang mantik, beliau membuat pengajian sistematik dengan membahagikan subjek kepada 2 kategori iaitu Takhayyul (pendapat/ idea) dan Thubut (bukti / dalil). Beliau menggabungkan teori Platonik dan Aristotle dengan teologi dan menulis idea tentang fizik, mantik dan meteorologi. Al-Farabi yakin dan percaya bahawa falsafah dan Islam wujud dalam harmoni.

Selama hidupnya al Farabi banyak berkarya.  Al-Farabi menulis banyak buku dalam pelbagai bidang termasuk sumbangan aslinya. 117 buah buku dikatakan berjaya bertahan. 43 di antaranya adalah mengenai mantik, 7 tentang sains politik dan kesusilaan, 11 menyentuh tentang metafizik dan 28 buah buku mengenai perubatan, sosiologi dan muzik.  Jika ditinjau dari ilmu pengetahuan, karya-karya al- Farabi dapat ditinjau menjadi enam bahagian iaitu logika, ilmu-ilmu, matematika, ilmu alam, teologi, ilmu politik dan kenegaraan. Karyanya yang paling terkenal adalah Al-Madinah Al-Fadhilah (Kota atau Negara Utama) yang membahas tetang pencapaian kebahagian melalui kehidupan politik dan hubungan antara rejim yang paling baik menurut pemahaman Plato dengan hukum Ilahiah islam. Filsafat politik Al-Farabi, khususnya gagasannya mengenai penguasa kota utama mencerminkan rasionalisasi ajaran Imamah dalam Syi'ah.

Pemikiran, idea, dan pandangan Al-Farabi mengenai falsafah politik terkandung dalam karyanya yang berjudul "Madinah al-Fadhilah". Perbicaraan mengenai ilmu falsafah zaman Yunani dan falsafah Plato serta Aristotle telah disentuhnya dalam karya "Ihsa al-Ulum" dan "Kitab al-Jam". Terdapat dua buku tidak dapat disiapkan oleh Al-Farabi di zamannya. Buku-buku itu ialah "Kunci Ilmu" yang disiapkan oleh anak muridnya yang bernama Muhammad Al Khawarismi pada tahun 976M dan "Fihrist Al-Ulum" yang diselesaikan oleh Ibnu Al-Nadim pada tahun 988M.

Al-Farabi juga telah menghasilkan sebuah buku yang mengandungi pengajaran dan teori muzik Islam, yang diberikan judul "Al-Musiqa" dan dianggap sebagai sebuah buku yang terpenting dalam bidang berkenaan. Sebagai seeorang ilmuwan yang tulen, Al-Farabi turut memperlihatkan kecenderungannya menghasilkan beberapa kajian dalam bidang perubatan. Walaupun kajiannya dalam bidang ini tidak menjadikannya masyhur tetapi pandangannya telah memberikan sumbangan yang cukup bermakna terhadap perkembangan ilmu perubatan di zamannya. Salah satu pandangannya yang menarik ialah mengenai jantung yang lebih penting berbanding otak dalam kehidupan manusia. Ini disebabkan jantung memberikan kehangatan kepada tubuh sedangkan otak hanya menyelaraskan kehangatan itu menurut keperluan anggota tubuh badan.

Sesungguhnya Al-Farabi merupakan seorang tokoh falsafah yang serba boleh, banyak daripada pemikirannya masih relevan dengan perkembangan dan kehidupan manusia hari ini. Karangannya, Kitab al- Ihsa al-'Ulum mengemukakan prinsip-prinsip dasar dan klasifikasi sains daripada perspektif yang baru. Al-Farabi menulis beberapa buah buku dalam bidang sosiologi, 'Ara Ahl al-Madina al-Fadila' (Bandar Contoh) adalah yang terkenal. Ia adalah sumbangan terbesar dalam bidang sosiologi dan sains politik. Beliau juga mengarang buku untuk bidang metafizik dan psikologi termasuk hasil kerja aslinya.Al-Farabi menyatakan bahawa seorang individu itu tidak akan meraih kejayaan dan kesempurnaan tanpa menerima bantuan daripada individu-individu yang lain. Adalah fitrah manusia untuk bergaul dan berganding bahu bersama manusia lain untuk melakukan sesuatu pekerjaan, justeru mencapai kesempurnaan. Beliau mahir dalam muzik dan menyumbang karyanya serta mencipta beberapa alat muzik. Al-Farabi mampu membuat penontonnya tertawa atau menangis hanya dengan memainkan alat muziknya. Karangannga tentang muzik, 'Kitab al-Musiqa' amat terkenal.

Sebagai ahli falsafah, beliau dikelaskan sebagai `Neoplanonist` yang juga menggabungkan falsafah pemikiran Plato dan Aristotle. Kehebatan dalam falsafah menyebabkan beliau digelar Aristotle kedua. Beliau banyak menulis  mengenai falsafah Aristotle mengenai fizik, meteorologi, logic dan sebagainya. Al-Farabi banyak mengkaji mengenai falsafah dan teori Socrates, Plato dan Aristotle dalam usahanya untuk menghasilkan teori serta konsep kebahagiaan. Beliau juga menulis mengenai ilmu logik Yunani secara teratur dalam bahasa Arab. Beliau telah memudahkan logik melalui cara membahagikan kepada dua kategori iaitu idea (takhayyul) dan bukti (thubut). Al-Farabi turut memperlihatkan kecenderungan menghasilkan beberapa kajian dalam perubatan. Beliau mengatakan bahawa betapa jantung lebih penting berbanding otak dalam kehidupan manusia. Ini disebabkan jantung memberikan kehangatan kepada tubuh sedangkan otak hanya menyelaraskan kehangatan itu menurut keperluan anggota tubuh badan.

Al-Farabi mendefinisikan falsafah adalah suatu ilmu yang menyelidiki hakikat sebenarnya dari segala yang ada ini. Pendapatnya ini sebagaimana pendapat Plato yang menegaskan “Falsafah meneliti hakikat yang mendasari sesuatu benda atau perkara disebalik sifat luarannya, iaitu apa sebenarnya menjadi asas dan intipati pembentukan sesuatu benda atau perkara itu. Al-Farabi sependapat dengan pemikiran plato bahawa alam ini baru, yang terjadi dari tidak ada. Idea plato tentang alam pula mirip kepada suatu pengertian alam akhirat dalam dunia islam. Al-Farabi berjaya meletakkan dasar-dasar falsafah ke dalam ajaran islam. Beliau juga berpendapat bahawa tidak ada pertentangan antara falsafah Plato dan Aristotle yang berlainan pemikirannya tetapi hakikatnya mereka bersatu dalam tujuannya. Pendapat Al-Farabi tentang falsafah ini disokong iaitu sebagaimana takrifan falsafah dalam bidang kajiannya. Ilmu pengetahuan yang diperolehi melalui kewujudan ini membawa manusia kepada kebijaksanaan dan kebenaran. Ini berupaya untuk manusia mengawal setiap tindak tanduk perlakuannya. Setiap tindak tanduk yang baik memberikan maanfaat kepada manusia. Maanfaat yang dihasilkan mampu menjaga hubungan baik antara manusia dengan manusia, manusia dengan penciptanya, dan manusia dan alam semesta.

Al-Farabi berpendapat bahawa ilmu politik adalah ilmu yang meneliti berbagai-bagai bentuk tindakan, cara hidup, watak di posisi positif dan akhlak. Semua tindakan dapat diteliti mengenai tujuannya. Kebahagian manusia diperoleh kerana perbuatan atau tindakan dan cara hidup yang dijalankan. Bagi Al-Farabi, kebahagian dapat dicapai melalui pandangan akal dan perbahasan dan bertemu dengan tuhan dalam hubungan akal. Al-Farabi berpendapat bahawa kebahagian hakiki (sebenar) tidak mungkin dapat diperoleh sekarang (di dunia ini), tetapi sesudah kehidupan sekarang iaitu akhirat. Namun sekarang ini juga ada kebahagia seperti kehormatan, kekayaan dan kesenangan yang dapat dilihat dan dijadikan pendoman hidup.Kebahagiaan sejati sentiasa dengan suatu tindakan yang mulia, kebajikan dan keutamaan. Maka, untuk menuju ke arah itu melalui kepimpinan yang tegak dan benar.

Al-Farabi merupakan ahli falsafah yang sangat berpegang teguh kepada idea dan pemikiran Aristotle. Beliau mendapat gelaran Aristotle kedua kerana beliau telah terpengaruh dengan pemikiran tokoh tersebut. Beliau juga memiliki ilmu pengetahuan yang mendalam dalam bidang perubatan, sains, matematik, dan sejarah. Namun, keterampilannya sebagai seorang ilmuwan yang terulung lebih dalam bidang falsafah. Kehebatannya dalam bidang ini mengatasi ahli falsafah Islam yang lain seperti Al-Kindi dan Ibnu Rusyd. Walaupun Al-Farabi merupakan seorang yang zuhud tetapi beliau bukan seorang ahli sufi. Beliau merupakan seorang ilmuwan yang sangat terkenal pada zamannya. Beliau berkemampuan menguasai pelbagai bahasa. Beliau juga merupakan seorang pemuzik yang handal. Lagu yang dihasilkan meninggalkan kesan secara langsung kepada pendengarnya. Al-Farabi mampu membuat penontonnya tertawa atau menangis hanya dengan memainkan alat muziknya. Selain mempunyai kemampuan untuk bermain muzik, beliau juga telah mencipta satu jenis alat muzik yang dikenali sebagai gambus.

Al-Farabi banyak mengkaji mengenai falsafah dan teori Socrates, Plato, dan Aristotle dalam usahanya untuk menghasilkan teori serta konsep mengenai kebahagiaan. Maka tidak hairanlah, Al-Farabi dikenali sebagai orang yang paling memahami falsafah Aristotle. Dia juga merupakan seorang yang terawal menulis mengenai ilmu logik Yunani secara teratur dalam bahasa Arab. Meskipun pemikiran falsafahnya banyak dipengaruhi oleh falsafah Yunani tetapi beliau menentang pendapat Plato yang menganjurkan konsep pemisahan dalam kehidupan manusia.

Menurut Al-Farabi, seorang ahli falsafah tidak seharusnya memisahkan dirinya daripada sains dan politlk. Tanpa sains, seorang ahli falsafah tidak mempunyai cukup peralatan untuk diekspolitasikan untuk kepentingan orang lain. Justeru, seorang ahli falsafah yang tulen tidak akan merasai sebarang perbezaan di antaranya dengan pemerintah yang tertinggi kerana kedua-keduanya merupakan komponen yang saling lengkap melengkapi. Dalam hal ini beliau mencadangkan agar diwujudkan sebuah negara kebajikan yang diketuai oleh ahli falsafah. Pandangan falsafahnya yang kritikal telah meletakkannya sebaris dengan ahli falsafah Yunani yang lain. para ilmuwan harus diletakkan pada kedudukan yang tertinggi dalam pemerintahan sesebuah negara.

Pandangan Al-Farabi ini sebenarnya mempunyai persamaan dengan falsafah dan ajaran Confucius yang meletakkan golongan ilmuwan pada tingkat hierarki yang tertinggi di dalam sistem sosial sesebuah negara. Di samping itu, Al-Farabi juga mengemukakan banyak pandangan yang mendahului zamannya. Antaranya beliau menyatakan bahawa keadilan itu merupakan sifat semula jadi manusia, manakala pertarungan yang berlaku antara manusia merupakan gejala sifat semula jadi tersebut.
Kepimpinan tumbuh dari keahlian dan pembawaan manusia. Hal ini dapat mengarahkan manusia dalam menegakkan nilai-nilai utama dan tindakan bakal memelihara sebagai kemantapan keahlian yang disebut pemerintahan dan raja. Al-Farabi menyatakan bahawa masalah dalam politik dapat dibahagikan kepada dua iaitu pemerintahan atas dasar penegakan terhadap tindakan tindakan yang sedar, cara hidup. Dasar ini dapat dijadikan upaya untuk memperolehi kebahagiaan. Pemerintahan atas dasar ini disebut pemerintahan utama, dimana sebagai ciri kota-kota dan bangsa- bangsanya tunduk terhadap pemerintahan.
Dipandang dari kemampuan suatu pemerintahan ilmu politik terbahagi kepada dua. Kemampuan dalam melahirkan peraturan-peraturan yang bersifat universal. Kemampuan yang disebabkan oleh adanya ketekunan dalam aktiviti politik, dengan harapan boleh menjadi kebijaksanaan Sebagai ringkasan pemerintahan dapat menjadi baik, jika ada teoritis dan praktis bagi pengelolaannya. Dalam membicarakan teori politiknya, beliau berpendapat bahawa akal dan wahyu adalah satu hakikat yang padu.
Al-Farabi menjelaskan bahawa roh dan amalan saja tidak akan mampu untuk menyucikan seseorang dan mengangkatnya ke arah kesempurnaan tetapi juga memerlukan fikiran dan amalan renungan. Sebarang percubaan dan usaha untuk memisahkan elemen-elemen ini akan melahirkan sebuah negara yang pincang serta masyarakat yang kacau bilau. Oleh itu, akal dan wahyu perlu dijadikan sebagai dasar kepada pembinaan sesebuah negara yang kuat, stabil dan makmur. Meskipun pemikiran falsafah Al-Farabi banyak dipengaruhi oleh falsafah Yunani tetapi beliau menetang pendapat Plato yang menganjurkan konsep pemisahan dalam kehidupan manusia. Menurutnya, seorang ahli falsafah tidak seharusnya memisahkan dirinya daripada sains dan politik. Sebaliknya perlu menguasai kedua-duanya untuk menjadi seorang ahli falsafah yang sempurna. Tanpa sains, seorang ahli falsafah tidak mempunyai cukup peralatan untuk diekspolitasikan untuk kepentingan orang lain.
Sesungguhnya Al-Farabi merupakan seorang tokoh falsafah yang sangat ulung dan ilmuwan yang hebat. Banyak pemikirannya masih relevan dengan perkembangan kehidupan manusia hari ini. Pemikirannya mengenai politik dan negara banyak dikaji sebagai panduan dalam pentadbiran dan pemerintahan. Selain itu hasil kerja dan penulisannya masih lagi digunakan dan menjadi rujukan di pusat-pusat pembelajaran dan institusi pendidikan.

No comments:

Post a Comment